Dengan 4 pilihan biskut sukaramai.
kini ole ole nita dengan rasminya ditukarkan dengan nama yg lebih fresh iaitu Pesona Galleria ...
Saturday, August 21, 2010
Ole Ole Nita Di Agro Bazar Maidin USJ
Thursday, July 22, 2010
Hamper Raya 2010
Rm 80
__________________________________________
Kyrana Larasaty
Biskut My Heart
Biskut Tart Nenas
Biskut Bola Kristal
Kuih Karas
Beyh Royale Sparkling Juice
__________________________________________
__________________________________________
Biskut Dahlia
Biskut Tart Nenas
Floral Cookie Jar
St. Dalfour Fruit Content Spread
Popia Serunding
Kacang Masin
Fidani Truffles Coklat
Kek Buah
___________________________________________
Rm 330
Biskut Mama Carrey
Biskut My Heart
Biskut Almond Rocher
Kerepek Jejari Bilis
Coklat Fererro Rocher
Beyh Royale Cordial
________________________________________
Satu Lagi Hamper Raya 2009
Dengan 6 juadah kesemuanya.
Monday, July 19, 2010
Kraf Baling
Dato' Maznah membuat ucapan pembukaan seterusnya merasmikan sessi Kraf Kreatif.
Semua tak kering gusi mendengar celoteh Dato' Maznah termasuklah Dato' Dr. Mashitah sendiri.
Tak sangka Dato' Maznah kelakar orangnya.
Pedoman dari orang yang berpengalaman, Dato' Maznah bercerita tentang betapa pentingnya design dan warna sesuai untuk mendapat tempahan yang baik daripada pelanggan. Katanya beliau juga berminat dengan kerja-kerja seni ni, maklumlah orang perempuankan ...
Terima kasihlah beri peluang kepada Ole Ole Nita. Tak sangka rupa-rupanya Dato' Mashitah pun berminat dengan kerja-kerja kreatif ni ye, tak sabar-sabar katanya nak belajar.
Tu dia khusyuk sungguh Dato' Mashitah melihat dan mendengar celoteh saya. Yang ini menggunakan bahan kitar semula, taklah membazir, ye tak?
Kesemua peserta asyik melihat demo, yang best tu, kakak Rela pun masuk bengkel ! Jangan le ada perkara yang tak diingini berlaku kat luar ye ... kakak Rela tengah busy ni ...
Walaupun bengkel berjalan secara santai, kakak Rela ni sungguh berdisiplin tengok tu tangan kat belakang tu ! Aduhai ....
Inilah hasilnya bila dah siap, dengan dibantu oleh peserta2 bengkel. Terima kasih daun keladi orang2 Baling lain kali jumpa lagi !
Nampaknya semua peserta berpuas hati dan kesemua hasil kerja dapat dibawa pulang ke rumah. Mereka berharap sangat Ole Ole Nita dapat berkongsi ilmu lagi dimasa akan datang. Insyaalah kalau dijemput lagi berlari kami ke sana. ! Ok ! Lain kali jumpa lagi ...