Ini antara beberapa tempahan kami terima tahun lepas untuk meraikan rumah terbuka. Kali ini daripada pihak telekomunikasi terkenal di negara kita. Konsep mereka adalah classy dan elegant, inilah hasilnya, ok tak? Mereka ingin memasukkan unsur-unsur tradisional dan moden. Kami menggunakan bahulu cermai mini, tart gulung nenas, kuih bangkit, makmor kacang, kek gulung sarawak pelbagai perisa seperti strawberry, coklat, pandan, bluberry dan macam-macam lagi.
Mesti ramai yang nak tahu macamana boleh jadi macam ni, kita tengok prosesnya.
Mesti ramai yang nak tahu macamana boleh jadi macam ni, kita tengok prosesnya.
Ini pulak kerawang yang berwarna perak dan emas yang menunggu untuk digamkan ke kotak satin. Cantikkan ! Nampak mahal dan elegant.
Satu lagi, kotak satin ni sensitif sikit, kalau tergores sikit aje dengan kerawang ni, kainnya tertetas, jadi kenalah berhati-hati masa bekerja. Ini contoh yang dah siap menunggu untuk dimasukkan kuih muih sahaja.
Ini antara contoh-contoh kuih yang dah siap disealkan agar tak lemau.
boleh saya tahu mana nak beli kerawang ni?
ReplyDelete