Saturday, August 21, 2010

Ole Ole Nita Di Agro Bazar Maidin USJ

Akhirnya hamper Ole Ole Nita sampai juga di Agro Bazar Maidin USJ. Ada beberapa item yang kami letakkan disitu. Perlu diingat item agak terhad kerana kedudukan Agro Bazar yang agak sesak dengan pelbagai produk oleh IKS yang lain. Kalau ada peminat hamper Ole Ole Nita nak hamper tapi tak cukup jumlah boleh terus call direct menerusi beberapa nombor telepon yang tertera di pamplet. Ole Ole Nita akan terus menyiapkan pesanan anda. Jom kita tengok diantara item2 tu.

Pelbagai pilihan biskut termasuklah teh.

Dengan 4 pilihan biskut sukaramai.



Dibalut dengan shrink plastic, mudah untk dibawa, percuma kad raya mini.



Lebih simple, putih dan coklat.


Yang ini pulak ramai peminat, jadi rebutan sampai habis stok.


Yang ini sesuai diletakkan kurma dan kuih2 basah.

Kepada anda yang tidak pernah ke Agro Bazar Maidin USJ kenapa tidak kesana ? Kerana semuanya ada disana. Lagi satu siapa lagi yang sepatutnya menyokong IKS kita kalau bukan kita sendiri ! Betul tak ?


Thursday, July 22, 2010

Hamper Raya 2010


Hamper Raya 2010 telah pun tiba ! Tempahan boleh dibuat sekarang ! Sebarang cadangan boleh hubungi kami dengan segera. Apa yang kami paparkan hanya contoh, boleh ditempah semula berdasarkan idea & budget anda.

Dunia Sophie
Rm 80
Biskut White Coklat
Biskut Badam
Popia Serunding

__________________________________________

Anggerik Timor
Rm 150
Biskut Mazola
Biskut Tart Nenas
Biskut Makmor
Kuih Bangkit
Bahulu
Rempeyek

__________________________________________

Delima Markysa
Rm 180
Biskut Mama Carey
Biskut My Heart
Biskut Coklat Rocher
Kerepek Bilis
Gulsan Pomegranate Concentrate
St Dalfour Fruit Content Spread
Tobleron Coklat

_________________________________________


Harum Kasturi
Rm 200
Biskut Tiramisu
Biskut Gajus
Biskut White Coklat
Ahmad Tea London
Kacang Masin
Kerepek Bawang

__________________________________________



Kyrana Larasaty

Rm 210
Biskut Almond London
Tart Nenas
Forest Secret Nutmeg Cookies
Kerepek Jejari Bilis
Agar-agar Kering
Sparkling Juice
Wine Glass

_________________________________________


Serambi Aksara
Rm 220
Biskut My Heart
Biskut Tart Nenas
Biskut Bola Kristal
Kuih Karas
Coklat Almond Vochelle
Beyh Royale Sparkling Juice


__________________________________________

Chenta Mawangi
Rm 220
Biskut Almond London
Biskut Makmor
Rempeyek
Kek Buah
Ferrero Rocher Coklat
Sparkling Juice
Wine Glass
Diabetic Jam


__________________________________________

Edan Kesmaran
Rm 250
Tart Nenas
Almond London
Bangkit Kelapa
Kerepek Bawang
Jus Kurma
Toblerone Coklat
Ferrero Rocher Coklat


__________________________________________


Andyka Kelana
Rm 280
Biskut Dahlia
Biskut Tart Nenas
Floral Cookie Jar
St. Dalfour Fruit Content Spread
Popia Serunding
Kacang Masin
Fidani Truffles Coklat
Kek Buah


___________________________________________

Azalea Juwita
Rm 330
Biskut Mama Carrey
Biskut My Heart
Biskut Almond Rocher
Kerepek Jejari Bilis
Coklat Fererro Rocher
Beyh Royale Cordial


________________________________________

Cahyarinni
Rm 500
Biskut Ricolta Almond
Bangkit Kelapa
Dodol Asli Melaka
Serunding
Beyh Royale Sparkling Juice
Wine Glass
Ferrero Rocher
Ahmad Tea London
Kacang Masin

__________________________________________

Satu Lagi Hamper Raya 2009

Ini satu lagi tempahan yang kami terima di sepanjang raya 2009 yang lalu.


Pelanggan inginkan sesuatu yang lebih serius dan korporat. Sebuah kotak berwarna hijau dan bermagnet. Hot Stamping logo syarikat berwarna emas dicop di atas kotak kemudiannya.

Dengan 6 juadah kesemuanya.


Rupa riben yang diikat secara close up.


Ini antara juadah2 yang diminta oleh customer sendiri, Dodol Asli Melaka yang diisi di dalam sebuah bekas anyaman buluh.

Juadah sepanjang zaman Tart Gulung Nenas.

Serunding Ayam.

Kuih Siput yang rangup.

Sesuatu yang lebih moden, Ricolta Coffee Almond.

Dan, Almond London.

Monday, July 19, 2010

Kraf Baling

Terkejut satu hari tiba2 dapat panggilan dari Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bertanyakan kalau2 free untuk membuat demo hamper di Baling Kedah pada 19 Jun menerusi sessi Kraf Kreatif. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal terus kata yes! no problem. Lepas tu baru check tarikhnya ok ke tak, nasib baik ok, kalau tak ok kena adjust.

Selepas berbincang dan settle semuanya kami pun bertolak ke Baling dan menginap di Hotel Bayu Baling. Hotel baru beroperasi, equipmentnya pun masih bau kedai lagi. Majlis berlangsung di Kompleks Rakan Muda, tak jauh dari situ. Ada dua event yang berlangsung serentak.

Yang bestnya event ni di rasmikan oleh Dato' Maznah Hamid iron lady Malaysia, my mom idola, bila mak dah suka anak pun ikut suka. Orang2 Baling punyailah happening, seronok meriah, sudah pasti saya akan kembali ke Baling ! Jom kita tengok apa yang berlaku disepanjang event tu.


Dato' Maznah membuat ucapan pembukaan seterusnya merasmikan sessi Kraf Kreatif.

Semua tak kering gusi mendengar celoteh Dato' Maznah termasuklah Dato' Dr. Mashitah sendiri.

Tak sangka Dato' Maznah kelakar orangnya.

Pedoman dari orang yang berpengalaman, Dato' Maznah bercerita tentang betapa pentingnya design dan warna sesuai untuk mendapat tempahan yang baik daripada pelanggan. Katanya beliau juga berminat dengan kerja-kerja seni ni, maklumlah orang perempuankan ...

Terima kasihlah beri peluang kepada Ole Ole Nita. Tak sangka rupa-rupanya Dato' Mashitah pun berminat dengan kerja-kerja kreatif ni ye, tak sabar-sabar katanya nak belajar.

Tu dia khusyuk sungguh Dato' Mashitah melihat dan mendengar celoteh saya. Yang ini menggunakan bahan kitar semula, taklah membazir, ye tak?

Kesemua peserta asyik melihat demo, yang best tu, kakak Rela pun masuk bengkel ! Jangan le ada perkara yang tak diingini berlaku kat luar ye ... kakak Rela tengah busy ni ...

Walaupun bengkel berjalan secara santai, kakak Rela ni sungguh berdisiplin tengok tu tangan kat belakang tu ! Aduhai ....

Inilah hasilnya bila dah siap, dengan dibantu oleh peserta2 bengkel. Terima kasih daun keladi orang2 Baling lain kali jumpa lagi !


Masa diperuntukkan 4 jam tapi berlarutan lagi sejam. Peserta khusus paling suka bila ditunjukkan cara bungkus hamper dengan shrink plastic, macam magic kata mereka bila melihat plastik mengecut bila terkena udara panas dari hair dryer. Contoh hamper di depan tu gunakan teknik tersebut.


Ini sebahagian lagi hasil kerja yang telah siap, yang didepan sekali adalah hasil dari recyle box, bagus tak membazir.


Yang didepan tu hasil dari peserta khusus bagi pertandingan membungkus ole ole untuk sambutan hari jadi kanak-kanak. Cantik dan sungguh berbakat !

Sempat juga kami di Ole Ole Nita membuat 2 pertandingan. Pertandingan yang pertama adalah membuat door gift untuk kenduri kahwin. 3 terbaik akan dapat hadiah. Haru biru jadinya bila peserta terpaksa mencari sendiri bahan-bahan yang sengaja ditaburkan diatas meja.

Itu dia antara pesertanya jangan terperanjat Ustaz Zaidan adalah Pegawai Khas YB Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, tak lepaskan peluang untuk menunjuk bakat. Tak ketinggalan Kakak Rela tadi, err... kak kat luar keadaan terkawal ke ???

Salah seorang peserta dengan hasilnya ... baguslah 1Malaysia !

Kakak Rela, not bad ....

Ini doktor tau, bukan calang-calang orang tau ... simple je but interesting.

Tara ... ini dia kerja orang lelaki. Cantik dan berseni. Yang bestnya walaupun peserta tunggal lelaki Ustaz Zaidan menang tau ... Tahniah!

Yang ini pulak pertandingan yang kedua iaitu bagaimana untuk menghasilkan cenderahati untuk birthday kanak-kanak.


Ada time limit tu yang kelam kabut tu ...


Hasil kerja dari orang lama.


Tersenyum bangga akak ni dengan hasil kerjanya ...


Satu lagi ...


Seperti biasa sebelum balik sessi bergambar beramai-ramai. Wajah riang peserta.

Nampaknya semua peserta berpuas hati dan kesemua hasil kerja dapat dibawa pulang ke rumah. Mereka berharap sangat Ole Ole Nita dapat berkongsi ilmu lagi dimasa akan datang. Insyaalah kalau dijemput lagi berlari kami ke sana. ! Ok ! Lain kali jumpa lagi ...