Wednesday, July 14, 2010

Ole Ole Nita Terbang Ke Seluruh Pelusuk Dunia !

Ya ! Betul ! Itulah kenyataannya apabila Malaysia Airline System menggunakan perkhidmatan Ole Ole Nita menyiapkan 119,000 unit giveaway untuk diagihkan kepada kesemua penumpang pesawatnya disepanjang minggu raya!

Merangkumi penumpang Business Class sebanyak 15,000 unit dan 104,000 unit lagi bagi penumpang Economy Class. Bangga sungguh Ole Ole Nita, hamper & gift kami dah terbang ke serata ceruk dunia! Ke 7 benua! Wah! hebat tu. Ini semua daripada kepercayaan MAS, terima kasih daun keladi MAS !


Ini giveaway untuk penumpang Business Class, siap untuk masuk ke kotak karton. Yang ni 15,000 unit.

Mari kita tengok kat dalam. Inilah rupanya, ada Tart Nenas Buah, Bangkit Santan, Bahulu Cermai Mini dan Dodol Asli Melaka, semuanya sedap2 belaka.

Hah ! Tu dia. Tentu ada yang pernah terima giveaway ni, kepada yang menaiki pesawat MAS sepanjang minggu raya 2009.


Ini pulak rupa kotak yang masih dalam balutan plastik, baru diterima dari kilang, belum dimasukkan kuih muih lagi.

Yang ini pulak giveaway kepada penumpang Economy Class berjumlah 104,000 unit.


Asalnya, kotak ni diterima dalam sekeping2, berlipat, perlu dibukak untuk dijadikan kotak dulu. Kerja senang tapi kalau dah jumlahnya 104,000 berpeluh jugak dibuatnya. Kami bekerja 24 jam tanpa henti, round the clock. Sesekali je take a nap, lepas tu sambung balik, Kadang2 ada lebih 30 orang dalam satu sessi. Selama 3 minggu, hanya untuk mengisi kuih muih sahaja. Habis le segala sedara mara, jiran tetangga, kaum keluarga yang turun padang, nak mengejar dateline. Sampai tak raya le kitaorang mengadap kotak je.

Tapi hasilnya berbaloi dan puas ! Terima kasihlah kepada semua yang membantu membanting tulang !



Fresh from the oven, Tart Nenas Buah baru tiba dari Johor siap sedia untuk dipek. Kami memerlukan 15,000 unit Tart Nenas Buah (hanya untuk penumpang Business Class), Dodol Melaka 119,000, Bangkit Kelapa 119,000, Bahulu Cermai Mini juga 119,000. Semua sekali 372,000 unit kuih muih ! Fuh !


Yang ni pula Bahulu Cermai Mini yang dah siap dipekkan dalam ziplock plastik bersama Bangkit Santan. Lepas tu dimasukkan dalam kotak hijau sekali dengan Dodol. Dah siap giveaway untuk penumpang Economy Class.
Sebenarnya payah jugak untuk mendapatkan Bahulu Cermai Mini ni, merata-rata cari sebab tak ramai yang sanggup buat, susah nak dapatkan acuan dah tu kecik, banyak pulak tu ! Terima kasih le Umi ye ! Awak penyelamat. Zaini jugak, dodol awak terbaik !


Inilah rupanya giveaway yang telah siap masuk kotak, dah siap lable tunggu lori nak angkut aje. Yang ni hanya sebahagian aje, semuanya ada lebih 1500 kotak karton macam ni. Fuh !


Tu dia dengan penuh gaya dan semangat juang uncle sibuk menyusun kotak2 karton untuk dihantar ke MAS, sebelum beralih tangan ke penumpang2 pesawat. Selama 2 minggu jugaklah uncle ni berulang alik menghantar giveaway ni, walaupun pada hari raya, tapi kena bayar lebih le uncle ye ! Thank you uncle !

1 comment: