Monday, July 19, 2010

Kraf Baling

Terkejut satu hari tiba2 dapat panggilan dari Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bertanyakan kalau2 free untuk membuat demo hamper di Baling Kedah pada 19 Jun menerusi sessi Kraf Kreatif. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal terus kata yes! no problem. Lepas tu baru check tarikhnya ok ke tak, nasib baik ok, kalau tak ok kena adjust.

Selepas berbincang dan settle semuanya kami pun bertolak ke Baling dan menginap di Hotel Bayu Baling. Hotel baru beroperasi, equipmentnya pun masih bau kedai lagi. Majlis berlangsung di Kompleks Rakan Muda, tak jauh dari situ. Ada dua event yang berlangsung serentak.

Yang bestnya event ni di rasmikan oleh Dato' Maznah Hamid iron lady Malaysia, my mom idola, bila mak dah suka anak pun ikut suka. Orang2 Baling punyailah happening, seronok meriah, sudah pasti saya akan kembali ke Baling ! Jom kita tengok apa yang berlaku disepanjang event tu.


Dato' Maznah membuat ucapan pembukaan seterusnya merasmikan sessi Kraf Kreatif.

Semua tak kering gusi mendengar celoteh Dato' Maznah termasuklah Dato' Dr. Mashitah sendiri.

Tak sangka Dato' Maznah kelakar orangnya.

Pedoman dari orang yang berpengalaman, Dato' Maznah bercerita tentang betapa pentingnya design dan warna sesuai untuk mendapat tempahan yang baik daripada pelanggan. Katanya beliau juga berminat dengan kerja-kerja seni ni, maklumlah orang perempuankan ...

Terima kasihlah beri peluang kepada Ole Ole Nita. Tak sangka rupa-rupanya Dato' Mashitah pun berminat dengan kerja-kerja kreatif ni ye, tak sabar-sabar katanya nak belajar.

Tu dia khusyuk sungguh Dato' Mashitah melihat dan mendengar celoteh saya. Yang ini menggunakan bahan kitar semula, taklah membazir, ye tak?

Kesemua peserta asyik melihat demo, yang best tu, kakak Rela pun masuk bengkel ! Jangan le ada perkara yang tak diingini berlaku kat luar ye ... kakak Rela tengah busy ni ...

Walaupun bengkel berjalan secara santai, kakak Rela ni sungguh berdisiplin tengok tu tangan kat belakang tu ! Aduhai ....

Inilah hasilnya bila dah siap, dengan dibantu oleh peserta2 bengkel. Terima kasih daun keladi orang2 Baling lain kali jumpa lagi !


Masa diperuntukkan 4 jam tapi berlarutan lagi sejam. Peserta khusus paling suka bila ditunjukkan cara bungkus hamper dengan shrink plastic, macam magic kata mereka bila melihat plastik mengecut bila terkena udara panas dari hair dryer. Contoh hamper di depan tu gunakan teknik tersebut.


Ini sebahagian lagi hasil kerja yang telah siap, yang didepan sekali adalah hasil dari recyle box, bagus tak membazir.


Yang didepan tu hasil dari peserta khusus bagi pertandingan membungkus ole ole untuk sambutan hari jadi kanak-kanak. Cantik dan sungguh berbakat !

Sempat juga kami di Ole Ole Nita membuat 2 pertandingan. Pertandingan yang pertama adalah membuat door gift untuk kenduri kahwin. 3 terbaik akan dapat hadiah. Haru biru jadinya bila peserta terpaksa mencari sendiri bahan-bahan yang sengaja ditaburkan diatas meja.

Itu dia antara pesertanya jangan terperanjat Ustaz Zaidan adalah Pegawai Khas YB Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, tak lepaskan peluang untuk menunjuk bakat. Tak ketinggalan Kakak Rela tadi, err... kak kat luar keadaan terkawal ke ???

Salah seorang peserta dengan hasilnya ... baguslah 1Malaysia !

Kakak Rela, not bad ....

Ini doktor tau, bukan calang-calang orang tau ... simple je but interesting.

Tara ... ini dia kerja orang lelaki. Cantik dan berseni. Yang bestnya walaupun peserta tunggal lelaki Ustaz Zaidan menang tau ... Tahniah!

Yang ini pulak pertandingan yang kedua iaitu bagaimana untuk menghasilkan cenderahati untuk birthday kanak-kanak.


Ada time limit tu yang kelam kabut tu ...


Hasil kerja dari orang lama.


Tersenyum bangga akak ni dengan hasil kerjanya ...


Satu lagi ...


Seperti biasa sebelum balik sessi bergambar beramai-ramai. Wajah riang peserta.

Nampaknya semua peserta berpuas hati dan kesemua hasil kerja dapat dibawa pulang ke rumah. Mereka berharap sangat Ole Ole Nita dapat berkongsi ilmu lagi dimasa akan datang. Insyaalah kalau dijemput lagi berlari kami ke sana. ! Ok ! Lain kali jumpa lagi ...

2 comments:

  1. Salam sis, sy nak tanya box with drawer tu harga dy utk 1 box mmg rm35 ke? Kalau cth nak order dalam 100 boxes berapa harga paling murah boleh dapat? Tq sis

    ReplyDelete
  2. Salam sis, sy nak tanya box with drawer tu harga dy utk 1 box mmg rm35 ke? Kalau cth nak order dalam 100 boxes berapa harga paling murah boleh dapat? Tq sis

    ReplyDelete