Tuesday, July 5, 2011

Tempahan Open House

Ini antara beberapa tempahan kami terima tahun lepas untuk meraikan rumah terbuka. Kali ini daripada pihak telekomunikasi terkenal di negara kita. Konsep mereka adalah classy dan elegant, inilah hasilnya, ok tak? Mereka ingin memasukkan unsur-unsur tradisional dan moden. Kami menggunakan bahulu cermai mini, tart gulung nenas, kuih bangkit, makmor kacang, kek gulung sarawak pelbagai perisa seperti strawberry, coklat, pandan, bluberry dan macam-macam lagi.

Mesti ramai yang nak tahu macamana boleh jadi macam ni, kita tengok prosesnya.


Kami menggunakan kotak satin yang berwarna perak dan emas.



Ini pulak kerawang yang berwarna perak dan emas yang menunggu untuk digamkan ke kotak satin. Cantikkan ! Nampak mahal dan elegant.


Setiap kotak satin ini perlu dihias dengan kerawang daripada metal ni. Setiap kerawang perlu digam kemas ke kotak. Kotak satin silver kerawangnya silver. Kotak satin emas kerawangnya perlulah berwarna emas. Kerja mudah, tapi kalau dah beribu-ribu unit berpinar-pinar jugaklah mata !



Satu lagi, kotak satin ni sensitif sikit, kalau tergores sikit aje dengan kerawang ni, kainnya tertetas, jadi kenalah berhati-hati masa bekerja. Ini contoh yang dah siap menunggu untuk dimasukkan kuih muih sahaja.



Ini antara contoh-contoh kuih yang dah siap disealkan agar tak lemau.



Ada tart gulung nenas, makmor, kuih bangkit, bahulu mini cermai dan 2 - 3 pilihan lain.

Ini antara rupanya kat dalam kotak satin tu.


Pandangan lain.


Menunggu untuk dimasukkan kedalam carton box, sebelum bertukar tangan ke customer Ole Ole Nita. Terima kasih banyak ye lain kali tempah le lagi !

1 comment: