Thursday, June 9, 2011

Raya Datang Lagi!


Sejak 2 - 3 minggu ni kami di Ole Ole Nita mulai sibuk melayan panggilan yang nak menempah hamper untuk client mereka. Tak lama lagi pun puasa nak menjenguk, raya akan tiba. Biasalah kebanyakannya sibuk mengumpul quotation, nak bandingkan harga dan produk hamper yang mana paling berbaloi. Yellah bukan mudah, hamper yang diberikan membawa nama company, kalau cantik, sedap dan unik company jugak yang dapat nama. Kalau tak, company jugak yang malu. Beberapa kali jugak kami didatangi oleh customer yang mengadu ada pembuat hamper yang sambil lewa. Cookies lemau le, ada semut, ada rambut, coklat dah berkulat. Macam-macam lagi. So, harap-harap perkara-perkara macam ni tak berlakulah pada kami.

Sementara kami menyiapkan gambar-gambar terbaru hamper kami, kita tengok dulu beberapa tempahan hamper tahun lepas yang kami terima.

Tempahan yang jarang-jarang kami terima iaitu hamper cookies dan bunga hidup.

Memang cantik kan !!


Yang ini ditempah khas untuk seorang kenalan di TV3.

Adunan beberapa biskut popular, dodol, coklat, jem, kekacang memang best !



Pandangan penuh ...

Kalau ada sesiapa yang hadiahkan saya yang macam ni alangkah bertuahnya ...